!-- nuffnang -->

Sunday, August 20, 2017

MAHAR (MAS KAHWIN)


Pemberian Mas Kahwin adalah WAJIB berdasarkan Surah An-Nisa: Ayat 4.

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”
.

Wanita yg paling mulia ialah yg meminta mahar paling sedikit. Dan lelaki yang paling mulia ialah lelaki yg memberikan mahar yg banyak walaupun diminta sedikit. Sebenarnya mahar atau  mas kahwin  bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang.
.

Zaman sekarang ni baru nak kawen dah gaduh bab mas kawen dan duit hantaran. Tinggi atau rendah mas kawen seseorang bukan penentu kebahagiaan. Tiada jaminan pun. Jd jangan angkuh andai punya mas kawen yg tinggi.. dan juga rasa hebat dengan mas kawen yg sgt rendah kerana takut-takut terbit ujub. Ikutlah kemampuan dan mana yg terbaik.
.

Tiba-tiba teringat nak kawen dulu. Sungguh-sungguh melihat dia berjimat, sanggup tak makan luar semata-mata nak menyimpan untuk kawen. Kadang-kadang rasa kasihan tp biarlah.. biarlah dia belajar untuk jadi lelaki yg kuat berusaha dan bertanggungjawab. Kalau belum-belum dah kuat mengeluh dan berkira mcm manalah dah jadi suami nanti.
.

Lepas kawen, aku serahkan balik mas kawen tu pada dia. Aku cakap, "kita beli sesuatu yg boleh kita guna bersama" jadi kiteorg setuju utk jdkan duit tu sebagai duit muka si dugong LD8486. Sekurang-kurangnya hasil titik peluh dia aku gunakan untuk pergi mengajar dan mendidik manusia setiap hari. Moga-moga ianya menjadi pahala yang berterusan untuk dia di alam sana ♡

Friday, July 28, 2017

DUA RASA

Aku punya dua RASA kehilangan yang berbeza.

Pertama,aku pernah kehilangan ibu.. ya, ibu yg sgt aku sayangi.. ibu yg melahirkan aku, membesarkan aku dan menyayangi aku.. memang aku sedih dia pergi.. sedihlah.. gila tak sedih.. 29tahun aku hidup ada ibu..lama kot..

Kedua, aku juga kehilangan suami.. ya, suami yg juga sgt aku sayangi.. suami yg bertanggungjawab, dan menyayangi aku.. tapi cuma 4tahun lebih kami hidup bersama.. hmm tak lama kan.. sepatutnya tak la sedih sgt banding kehilangan ibu kan.. sepatutnya lebih chill rasa mcm ok2 gituww..

Tp.. knapa aku lbh susah nak terima kehilangan suami.. kenapa aku lebih rasa sakit... kenapa aku lebih rasa sunyi.. kenapa aku rasa sgt tak kuat.. agak2 knapa? Takkan sbb aku syg suami lbh dr mak aku.. hei aku lbh lama hidup ngan mak tau..29 tahun nak bandingkan 4 tahun tu apa la sgt kan..  sepatutnya aku lbh sedih,sakit, terluka, bila hilang mak banding suami..

Benar, kita bersama dgn suami/isteri bukanlah dari kecil..tp selepas akad nikah itulah hidup kita, masa depan kita, kawan suka duka, susah senang,berkongsi rasa, dll yg mungkin kita tak buat dgn org lain. Bila kehilangan mereka akan terasa sgt tempangnya kehidupan kita. Akan rasa sebahagian jiwa kita turut sama pergi. Syukur andai kita punya iman dan yakin dgn dugaan dan ujian Allah..In Syaa Allah masih punya kekuatan utk teruskan kehidupan.

Benar, Semua memang kita syg.. tp sbnarnya rasa kehilangan itu memang sgt berbeza.. tak semua org akan rasa benda yg sama walaupun hilang org yg sama.. usahlah diperlekehkan mereka-mereka yg bersedih atas kehilangan pasangan hidup walaupun hanya sebulan dua sempat hidup bersama. Usahlah menganggap layaknya sedih, rindu dan sayang tu atas dasar lamanya hidup bersama. Usahlah menyangka rasa sakitnya kehilangan ibu & bapa, suami & isteri, anak, adik, kakak, datuk, nenek dll itu sama sahaja RASAnya ~

My Hubby & my Mama♡




Thursday, July 27, 2017

TEMPAT MAKAN BEST KAT PENANG

Hari ni tetiba rasa nak share tempat kesukaan kami laki bini waktu tinggal kat Penang. Memandangkan cuma setahun lebih je sempat tinggal kat sana, jadi tak banyak la tempat makan yang best sempat kami jajah๐Ÿ˜‚

Hasil jajahan๐Ÿ˜‚


1. Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe
Specialnya Kat sini korang boleh makan 7 jenis nasi yang berbeza dalam satu pinggan. Ada nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi lemak, dan nasi apa ntah lagi. Aku lupa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ air pun ada macam-macam tapi kalau nak yang free, order je air sirap atau teh oh ais.. dah jimat kat air tau. 

Sumber: Facebook Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe

2. Pasembor Padang Kota
Ni tempat wajib bagi yang nak melancong ke penang. Aku rasa ada je tempat lain yang lagi best nak makan pasembor. Tapi kami memang suka lepak sini malam-malam sebab dekat dengan rumah๐Ÿ˜Œ. Cuma nak pesan kat korang yang nak datang melancong ke sini. Datang nanti jangan terus duduk kat meja makan. Nanti berebut-rebut orang datang amik order dan buat korang terorder banyak makanan.. confirmlah duit banyak terbang. Kalau boleh korang terus je pergi tengok sendiri gerai-gerai tu dan order siap-siap. Lepas tu baru la korang cari tempat duduk.. 


Sumber:Gambar facebook

3. Nasi Kandar Kayu
Sebenarnya kat penang ni banyak je restoran nasi kandar. Tapi cik abang kita suka pergi restoran yang ni. Tempat dia besar, bersih dan lapang. Parking je payah kadang-kadang sebab orang selalu ramai๐Ÿ˜‘. Kalau malas pergi jauh-jauh kami beli je nasi kandar kat Deen. Kalau aku nak pergi sekolah pagi-pagi mesti lalu depan Deen. Aku memang tak faham sebab jam 7 pagi pun orang dah beratur panjang kat situ. Pagi-pagi pun makan nasi kandar apa dieorang ni๐Ÿ˜‚

Sumber:foodspoting


4. Gerai Makan Maklom
Gerai makan ni ada kat butterworth. Kira syurga makan kami la. Sebab banyak pilihan dan murah. Korang boleh makan pulut panggang, nasi ayam, bihun sup, apam balik, cendol dan banyak lagi. Korang pergi la sendiri.


Sumber: facebook review gerai maklom



5. De Pauh Garden Permatang Pauh
Aku suka tempat ni.Luas, bersih dan sedap. Cuma mahal sikit. Tapi sebenarnya masih kategori mampu milik. Yang paling best surau dia pun besar kat sini. Sebelum bersalin cik abang janji nak bawa datang makan cendol tapi janji tinggal janji..๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ



Sumber: Facebook De Pauh Garden

6. Char Koay Teow Sg Dua
Bila teringin makan char Koay Teow kami mesti datang ke sini. Agak sesak tempat dia. Sentiasa ramai orang. Tak tau la bila tak ramai. Jadi redah je la๐Ÿ˜ฅ

Lokasi:Klik 

Sumber: www.google.com


7. Ikan Bakar Din Kepala Batas
Kalau korang suka makan ikan bakar boleh la datang restoran ni. Sedap dan murah. Air pun bermacam-macam jenis. Mai la datang, hang rasa sendiri๐Ÿ˜˜

Sumber: www.melakabikers.com


Wednesday, July 26, 2017

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Sedang gigih membelek diari suami, terjumpa pula sepucuk surat yg aku sendiri pernah berikan pada suami. Aku terus baca surat tu sbb aku sendiri dah lupa apa isi kandungannya. Aku baca, aku tenung, aku berfikir..



Pada hari aku menulis surat itu mesti aku langsung tak menyangka apa yg akan aku telah lalui hari ini. Waktu itu pasti aku rasa yang aku tak mampu menerima ujian ini. Siapa yg hendak? siapa yg sanggup? Pasti semua orang tak mahu.. sama juga aku pada waktu itu.

Dulu setiap kali dia sampai tempat kerja mesti dia akan whatsapp utk bagitau yg dia dah sampai. Sebab dia tau aku sgt risaukan dia. Dia tau aku mudah menangis. Dia tau aku tak suka ditinggalkan. Dan aku tau yg dia sangat takut aku tak boleh hidup tanpa dia. Ya.. aku yakin dia tahu tentang itu!

Sebenarnya, kita sendiri tidak tahu sejauh mana tahap kemampuan kita. Mungkin kita rasa tak mampu. Mungkin juga kita rasa mampu. Segalanya hanya mungkin. Sehinggalah ujian tu datang pada kita. Bila ia datang bermakna itulah sebenarnya kemampuan kita. Sungguh! hanya Allah yg sgt tahu apa yg kita mampu. Ya, hanya Dia yang tahu. Hanya Dia!

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada ujian yg kita rasakan ringan tetapi mungkin berat pada org lain. Ada juga ujian yg kita rasakan sgt berat tp ringan pula pada org lain.

Sekarang aku sgt yakin dgn jawapan soalan itu.. sebenarnya bukan ujian itu yg berat tp cuma iman kita yg lemah. Dan aku juga sgt yakin tentang apa yg Allah telah katakan: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

MyLUKE♡

Sunday, July 23, 2017

FB ads "HATI-HATI"

Post ni khas untuk penjual-penjual online yang biasanya menggunakan fb ads. Kalau tak pernah guna pun boleh je baca. Mana la tau satu hari nanti korang akan guna fb ads. sekurang-kurangnya tau la sikit-sikit dari tak tau langsung kan๐Ÿ˜

Aku buat business online ni sejak tahun 2011. Tapi mula guna fb ads tahun 2012. Maknanya dalam 6 tahun aku guna khidmat fb ads ni. Sepanjang tempoh tu aku rasa fb ads ni banyak la juga membantu aku dari segi pemasaran. Cara guna pun tak la susah sangat untuk aku yg belajar sendiri ni. Alhamdulillah tak banyak pun masalah dalam tempoh tu. Tapi minggu lepas tiba-tiba fb ads buat hal. Hmm.. menakutkan..

Perkara ni berlaku minggu lepas. Mulanya aku rasa pelik sebab ada post yang aku tak buat melalui fb page aku. Ramai orang like, tag dan komen. Nama yang pelik dan bahasa pun pelik. Aku yakin ni mesti dari negara luar. Aku terus padam post tu. Mengharapkan masalah tu selesai macam tu jelah ๐Ÿ˜…

Hari esoknya, bila aku buka fb aku perasan ada satu page baru dalam akaun fb aku. Page tu baru dibuat sebab jumlah follower pun tak banyak. Tapi yang pasti jual benda yang sama dengan post semalam yang aku padam. Aku tengok kat setting page, admin role cuma aku sorang. Sebab tengah sebuk waktu tu aku tak sempat nak fikir benda tu. Aku tutup fb dan buat kerja lain ๐Ÿ˜ง

Tiga hari lepas tu, tiba-tiba aku dapat notis dari fb. Katanya aku dah guna RM1900++ untuk fb ads tapi proses pembayaran tu tak berjaya sbb kredit kad aku declined. Waktu aku dah mula seram sejuk. Aku terus buka akaun fb ads dan semak satu-satu. Rupanya ada beberapa post dan fb ads yang aku tak buat. Semua melalui page baru tadi. Rasa macam nak nangis je waktu tu. Yela, cuba bayangkan 3 hari dia running post tu dengan harga Rm2k sehari. GILA!

Sampai hati dia buat iklan sehari RM2k.. aku buat paling banyak pun RM50 sehari ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Mujur pihak bank sekat pembayaran tu. Tapi ada la juga yang dah terlepas. Sempat la dia makan duit aku dalam RM1200 ๐Ÿ˜  RM1900++ pihak bank declined. Yang masih unbill ada dalam 2k lebih

Ni hari pertama fb ads running dan dah berjaya telan duit aku๐Ÿ˜’

Fb ads hari kedua. Rasanya masih unbill


Fb ads hari ketiga yang masih unbill juga
Bila tengok pada setting akaun fb ads, admin rupanya bukan aku seorang. Ada orang lain. Aku rasa bangsa lain dan warga lain mungkin. Sebab marah sangat terus remove orang tu. Lupa dah nak screenshoot dulu sebagai bahan bukti๐Ÿ™Š malas nak fikir panjang terus call bank minta block semua transaksi dan tukar kad.

Lepas selesai semua tu aku cuba fikir macam mana akaun fb aku boleh kena hack. Aku pernah tanya kawan-kawan yang lebih arif dalam dunia fb ads ni. Katanya mungkin aku pernah klik apa-apa link. Tapi aku rasa macam tak. Sebab aku ni makhluk yang nak klik like pun malas apatah lagi klik link. Haha so aku tak rasa tu puncanya.

Tapi aku ada teringat yang fb ada pernah bagi aku notis yang fb aku ada orang buka dari negara lain. Tapi aku abaikan je notis tu tanpa buat apa-apa tindakan.. bodoh tak aku.. puii.. ๐Ÿ˜‚ padan muka kan.. tak kisahlah apa pun puncanya, lepas ni memang kena lebih beringat dan berhati-hati.. haihhh sabar jelah!!

Ni la notis yang fb pernah bagi yang aku buat tak layan je๐Ÿ˜…



"BONDING TIME" KOS RENDAH TETAPI BERKUALITI

Usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun merupakan fasa pertama hidup berumah tangga. Tempoh ni biasanya ekonomi masih belum stabil. Lagi-lagi untuk pasangan muda. Maklumlah masing-masing baru mula bekerja. Baru nak belajar hidup berdikari. Gaji ciput tapi hutang banyak ๐Ÿ˜‚

Walaupun sebuk bekerja, ditambah dengan duit yang tak berapa nak ada, kita tak boleh jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak beraktiviti, dan pergi bercuti bersama pasangan dan anak-anak. Janganlah tunggu kaya atau banyak masa lapang baru nak beraktiviti bersama keluarga sebab kita tak tahu bila kita akan kaya dan bila kita akan lapang. Takut-takut tak sempat kaya dan lapang kita dah dipanggil pergi selamanya. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaiknya!

Di sini aku senaraikan beberapa aktiviti dan percutian kos rendah yang pernah kami buat sepanjang 5 tahun perkahwinan kiteorg๐Ÿ˜„

1. Lepak tepi pantai
Korang bolehlah pergi mana-mana pantai yang berdekatan. Tak kena bayar pun kalau setakat nak duduk, main dan mandi laut. Kiteorg rajin lepak tepi pantai waktu kat Labuan dulu. Kalau balik kampung, kiteorg akan ke Pantai Morib. Waktu duduk di Penang, kiteorg suka lepak tepi pantai, belakang Queens Bay Mall.

Ni kat pantai batu manikar Labuan

2. Riadah di Taman Awam
Rajin-rajinlah membawa anak isteri beriadah di taman-taman awam. Setakat ni tak pernah kena bayar pun kalau nak masuk. Bolehlah jogging dan bersenam bersama-sama. Keluarga kita seronok, keluarga kita pun sihat tau. Tak rugi apa-apa pun kan?

Riadah di Taman Botani Labuan

3. Berkursus sambil bercuti
Ni antara aktiviti wajib aku akan buat. Kalau dipanggil untuk pergi berkursus mesti suami akan ikut sekali. Walaupun dia bekerja sebagai TUDM tapi Alhamdulillah dia masih mudah untuk minta cuti. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… jadi, bolehlah aku berkursus tanpa meninggalkan suami dan anak. Sambil-sambil tu bolehlah kami bercuti sekali. Untung tak?? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Waktu ni kena kursus di Kota Kinabalu. Jadi amik peluang habis kursus terus ke Pulau Sapi sekejap ๐Ÿ˜‚

4. Menyinggah
Kalau pergi mana-mana, contohnya balik kampung atau ke rumah saudara, bolehlah korang ambil peluang singgah ke mana-mana tempat yang menarik. Tapi pastikan arah dan jakan yang sama. Bukan melencong ke arah lain ye. Tu namanya bukan singgah๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sebenarnya nak pergi ke rumah kakak di Bentong, balik singgah sekejap di Strawberry Farm Goh Tong Jaya๐Ÿ˜†

5. Ajak isteri & anak keluar walaupun sekejap
Kalau keluar rumah semata-mata nak isi minyak apa salahnya ajak je isteri/suami dan anak ikut sekali. Takpe, biarkan je mereka teman. Nak potong rambut, ajak mereka juga. Nak basuh kereta, pergi bersama-sama. Kalau boleh elakkan pergi sendiri. Nampak kecil tapi impak dia sangat besar tau๐Ÿ˜‰

Si Azka dah bosan tunggu kereta siap basuh.. Nasib la nak.. Papa memang tak suka pergi sendiri๐Ÿ˜

6. Rutin harian
Benda ni nampak remeh tapi percayalah, ianya 'bonding time' yang berkesan. Membuat rutin harian bersama-sama. Makan,tengok tv, main game dan mengemas rumah. Suami biasanya akan basuh baju, kiteorang akan sidai sama-sama dan aku akan lipat baju. Suami akan sediakan bahan memasak dan aku akan masak. Suami akan susun atur rumah dan aku akan menyapu rumah. Sepah sama-sama, kemas sama-sama dan penat sama-sama,okey๐Ÿ˜

Entah apa yang Si Azka dan papa tengok tu๐Ÿ˜’


7. Fun Fair
Kalau teringin bawa anak ke Taman Tema tapi tak cukup bajet atau tak sempat, bawa je mereka ke Fun Fair. Anak-anak ni sebenarnya tak kisah sangat pun. Yang penting kita luangkan sedikit masa untuk mereka. Sekejap pun dah cukup bermakna dan mampu memberikan pengalaman yg indah buat mereka๐Ÿ‘

Demi mu anak, mama sanggup naik benda alah ni walaupun rasa malu yg amat๐Ÿ™ˆ


Sebenarnya, Kami dah merancang untuk bercuti di Tambun tapi terpaksa ditangguhkan sebab waktu tu dah sarat sangat. Si Azra dah nak keluar๐Ÿ˜‚ waktu dalam pantang, Suami tiba-tiba sakit. Dalam tempoh dia sakit tu sempat lagi buat rancangan. Kalau suami dah baik nanti ingat nak belanja dia lepak hotel kat Batu Ferenggi.. walaupun kos mahal sikit tapi sekali sekala apa salahnya kan.. Rupanya Allah lebih sayangkan dia. Tak sempat untuk kami berempat pergi bercuti..

Sebenarnya aku bersyukur sangat, walaupun baru 5 tahun hidup berumah tangga tetapi nilainya sangat besar. Indahnya sangat banyak. Nampak remeh tapi hakikatnya, tak semua orang berpeluang rasa seperti apa yang kami pernah rasa. Rasa bahagianya cukup penuh dalam jiwa ini...

Wah gituuu ๐Ÿ˜—


 

Saturday, July 22, 2017

SAIZ KASUT KITA TAK SAMA, SAYANG...


Sayang..

Saiz kasut mama besar. Tak sesuai dengan kaki awak. Usah dipaksa kaki tu untuk memakainya. Walaupun kaki awak boleh masuk tapi mesti awak tak selesa. Mesti susah untuk awak berjalan.

Sayang..

Awak dah ada kasut milik awak sendiri. Pakailah yg milik awak. Mama tahu, walaupun kasut tu sesuai dengan awak, khas utk kaki awak, Pasti awak masih rasa susah nak melangkah kan sayang. Kadangkala awak pasti akan rasa sakit dan terluka..

Sayang..

Usahlah cemburu dengan kasut milik org lain. Walaupun cantik, belum tentu kita sesuai memakainya. Sebenarnya, kasut kita sendiri yang paling selesa kita pakai walaupun tak secantik milik orang lain. Andai kaki awak terluka saat meniti kehidupan ini, jangan gundah sayang. Mama janji akan sentiasa ada di sisi. Andai mama dah tiada....

ALLAH kan ada! betul tak SAYANG?



๐Ÿ˜‰








PERHUBUNGAN JARAK JAUH (PJJ)

Hidup berkeluarga dengan cara PJJ.. memang sedih, memang susah, tp adakalanya ada manisnya.. ramai rakan-rakan yg hidup PJJ.. hidup mereka pasti lebih sakit,lebih susah, lebih derita kerana ada yg makan tahun.. ya.. hanya yg pernah hidup PJJ faham bagaimana rasanya.. Tp, aku hanya mampu katakan sabar,tabah & syukurlah.. kerana aku juga ada kisah PJJ aku sendiri..
.
.
Selepas berumahtangga, aku sgt bersemangat ikut suami ke pulau Labuan itu.. teruja nak membina kehidupan berkeluarga di sana.. tapi memang jauh dari keluarga.. hanya kami.. ya.. hanya kami..
.
.
Selepas beberapa tahun, suami pula kena pindah ke penang..bermulalah hidup 'PJJ' di saat itu.. berusaha untuk ikut sama tapi tak boleh kerana tugas..tinggal aku di pulau itu bersama si kecil Azka..kami sgt berusaha cari duit tambahan semata-mata untuk beli tiket flight.. kalau blh tiap2 minggu nak suami balik ke labuan walaupun cuma cuti sabtu & ahad.. sanggup tau duit habis beli tiket.. hahahaha.. teruk2.. Alhamdulillah Allah uji tak lama.. tak sampai setahun dpt pindah ikut suami ke penang..
.
.
Bermulalah hidup di tempat baru.. azam baru.. semangat baru.. penuh cita-cita dan impian.. sentiasa bersama untuk apa sahaja.. sangat takut ditinggal lagi... suami pun tak sanggup nak tinggalkan kami lagi.. tp siapa sangka.. sedang gembira dengan ahli baru si kecil Azra yg baru masuk 12 hari, suami pula pergi untuk selama-lamanya..
.
.
Baru aku sedar.. Hidup PJJ kali pertama selama 7 bulan itu.. yg sering aku rungutkan.. rupanya bukanlah apa-apa..hanyalah latihan untuk aku menjalani PJJ kali kedua yg lebih mencabar dan yang pastinya tak akan berpenghujung sehingga akhir hayat..

Hargailah pasangan anda, cubalah untuk sentiasa bersama selagi boleh.. andai hidup berjauhan sentiasalah hubunginya kerana masa akan terus berlalu.. maut pula semakin menghampiri dan tiba masanya untuk berPJJ antara dua alam pula..


Sebahagian tiket yang suami simpan. kalau aku buang dah..hahahaha

ISTERI CERMINAN SUAMI


Sejak dulu lagi aku suka cermin. Aku sgt perlukan cermin untuk melihat diri aku. Jadi aku akan pastikan bilik aku mesti ada cermin yang besar.. puas boleh tgk diri sendiri dari atas sampai bawah!
.
.
Lepas aku kawin, bila bersiap aku dah kurang tengok cermin. Aku dah kurang percaya dengan cermin. Mungkin sebab cermin tu HANYALAH sebuah cermin. Tak boleh berkata,tak boleh berikan apa-apa pendapat. Cantik atau buruk kita,kita sendiri yg akan tentukan. Cermin tak akan menegur! Kalau kita rasa cantik, cantiklah.. Kalau rasa baik, baiklah.. rupanya syok sendiri๐Ÿ˜…
.
.
Jadi cermin aku sekarang ialah suami aku.. bila bersiap aku akan tanya suami.. baju ok tak? Sesuai tak? Ketat ke? Lipstik merah sgt tak? Teruk tak? Buruk ke? Soalan terakhir mesti, cantik tak??? Hahaha byk pula soalan aku ni.. kalau semua ok,aku rasa oklah.. tak perlu lagi cari cermin.. Dulu aku tak pernah ambil peduli.. kalau aku rasa cantik aku pakai jela.. tp sbb aku dah ada suami.. aku nak yg cantik untuk dia tp dalam masa yg sama aku tak nak apa yg aku pakai buat dia yang menanggung di sana nanti.
.
.
Bila keluar rumah kadang-kadang rasa malasnya nak pakai stokin.. cakap dgn suami.. abang,stokin tak pakai.. lupa.. napa abg tak ingatkan? Nanti tak lepas abg kat sana.. hahaha.. saje usik dia.. dah tu kenapa tak pakai? Dah aku lari balik masuk rumah.. terhegeh2 cari stokin.. lepas tu pakai ngan selipar fipper..apakah?? Nak jd baik memang mudah.. tp nak istiqamah jd baik tu yang payah.. sampai sekarang masih lagi berusaha dan berusaha perbaiki diri.. ๐Ÿ˜”
.
.
Aku bersyukur.. syukur sgt ada suami mcm dia.. sentiasa boleh bersama-sama beringat tentang hal dunia & akhirat..kami sama-sama sgt lemah ilmu agamanya.. sama-sama mendidik dan dididik.. kdg2 aku salah..dia tegur.. bila dia yg salah dia tak segan & tak pernah marah bila ditegur.. sgt positif dan menerima.. dia memang anugerah terbesar Allah bagi selain nikmat Iman & Islam.
.
.
Ingatlah wahai SUAMI:

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang suami,
Benci wanita muncul kerana kebohongan suami,
Keluhan wanita muncul kerana kedinginan suami,
Bahagia wanita muncul kerana kehangatan suami,
Cantik wanita muncul kerana dimanjakan suami,
Rosak wanita adalah hutang suami.
Wanita adalah tanah ladang...
Jika kau tanam kurma,
kau akan rasakan manisnya kurma.
Jika kau tanam rumput,
kau akan rasakan hamparan hijau,
Jika kau jadikan tempat membuang sampah,
kau pun akan menuai bau dan kotornya...


Rindu awak sayangku Luxrize Hakivo♡