!-- nuffnang -->

Wednesday, July 26, 2017

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Sedang gigih membelek diari suami, terjumpa pula sepucuk surat yg aku sendiri pernah berikan pada suami. Aku terus baca surat tu sbb aku sendiri dah lupa apa isi kandungannya. Aku baca, aku tenung, aku berfikir..



Pada hari aku menulis surat itu mesti aku langsung tak menyangka apa yg akan aku telah lalui hari ini. Waktu itu pasti aku rasa yang aku tak mampu menerima ujian ini. Siapa yg hendak? siapa yg sanggup? Pasti semua orang tak mahu.. sama juga aku pada waktu itu.

Dulu setiap kali dia sampai tempat kerja mesti dia akan whatsapp utk bagitau yg dia dah sampai. Sebab dia tau aku sgt risaukan dia. Dia tau aku mudah menangis. Dia tau aku tak suka ditinggalkan. Dan aku tau yg dia sangat takut aku tak boleh hidup tanpa dia. Ya.. aku yakin dia tahu tentang itu!

Sebenarnya, kita sendiri tidak tahu sejauh mana tahap kemampuan kita. Mungkin kita rasa tak mampu. Mungkin juga kita rasa mampu. Segalanya hanya mungkin. Sehinggalah ujian tu datang pada kita. Bila ia datang bermakna itulah sebenarnya kemampuan kita. Sungguh! hanya Allah yg sgt tahu apa yg kita mampu. Ya, hanya Dia yang tahu. Hanya Dia!

Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada ujian yg kita rasakan ringan tetapi mungkin berat pada org lain. Ada juga ujian yg kita rasakan sgt berat tp ringan pula pada org lain.

Sekarang aku sgt yakin dgn jawapan soalan itu.. sebenarnya bukan ujian itu yg berat tp cuma iman kita yg lemah. Dan aku juga sgt yakin tentang apa yg Allah telah katakan: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

MyLUKE♡

No comments:

Post a Comment