!-- nuffnang -->

Saturday, July 22, 2017

ISTERI CERMINAN SUAMI


Sejak dulu lagi aku suka cermin. Aku sgt perlukan cermin untuk melihat diri aku. Jadi aku akan pastikan bilik aku mesti ada cermin yang besar.. puas boleh tgk diri sendiri dari atas sampai bawah!
.
.
Lepas aku kawin, bila bersiap aku dah kurang tengok cermin. Aku dah kurang percaya dengan cermin. Mungkin sebab cermin tu HANYALAH sebuah cermin. Tak boleh berkata,tak boleh berikan apa-apa pendapat. Cantik atau buruk kita,kita sendiri yg akan tentukan. Cermin tak akan menegur! Kalau kita rasa cantik, cantiklah.. Kalau rasa baik, baiklah.. rupanya syok sendiri😅
.
.
Jadi cermin aku sekarang ialah suami aku.. bila bersiap aku akan tanya suami.. baju ok tak? Sesuai tak? Ketat ke? Lipstik merah sgt tak? Teruk tak? Buruk ke? Soalan terakhir mesti, cantik tak??? Hahaha byk pula soalan aku ni.. kalau semua ok,aku rasa oklah.. tak perlu lagi cari cermin.. Dulu aku tak pernah ambil peduli.. kalau aku rasa cantik aku pakai jela.. tp sbb aku dah ada suami.. aku nak yg cantik untuk dia tp dalam masa yg sama aku tak nak apa yg aku pakai buat dia yang menanggung di sana nanti.
.
.
Bila keluar rumah kadang-kadang rasa malasnya nak pakai stokin.. cakap dgn suami.. abang,stokin tak pakai.. lupa.. napa abg tak ingatkan? Nanti tak lepas abg kat sana.. hahaha.. saje usik dia.. dah tu kenapa tak pakai? Dah aku lari balik masuk rumah.. terhegeh2 cari stokin.. lepas tu pakai ngan selipar fipper..apakah?? Nak jd baik memang mudah.. tp nak istiqamah jd baik tu yang payah.. sampai sekarang masih lagi berusaha dan berusaha perbaiki diri.. ðŸ˜”
.
.
Aku bersyukur.. syukur sgt ada suami mcm dia.. sentiasa boleh bersama-sama beringat tentang hal dunia & akhirat..kami sama-sama sgt lemah ilmu agamanya.. sama-sama mendidik dan dididik.. kdg2 aku salah..dia tegur.. bila dia yg salah dia tak segan & tak pernah marah bila ditegur.. sgt positif dan menerima.. dia memang anugerah terbesar Allah bagi selain nikmat Iman & Islam.
.
.
Ingatlah wahai SUAMI:

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang suami,
Benci wanita muncul kerana kebohongan suami,
Keluhan wanita muncul kerana kedinginan suami,
Bahagia wanita muncul kerana kehangatan suami,
Cantik wanita muncul kerana dimanjakan suami,
Rosak wanita adalah hutang suami.
Wanita adalah tanah ladang...
Jika kau tanam kurma,
kau akan rasakan manisnya kurma.
Jika kau tanam rumput,
kau akan rasakan hamparan hijau,
Jika kau jadikan tempat membuang sampah,
kau pun akan menuai bau dan kotornya...


Rindu awak sayangku Luxrize Hakivo♡


No comments:

Post a Comment