Walaupun sebuk bekerja, ditambah dengan duit yang tak berapa nak ada, kita tak boleh jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak beraktiviti, dan pergi bercuti bersama pasangan dan anak-anak. Janganlah tunggu kaya atau banyak masa lapang baru nak beraktiviti bersama keluarga sebab kita tak tahu bila kita akan kaya dan bila kita akan lapang. Takut-takut tak sempat kaya dan lapang kita dah dipanggil pergi selamanya. Jadi, manfaatkan masa yang ada sebaiknya!
Di sini aku senaraikan beberapa aktiviti dan percutian kos rendah yang pernah kami buat sepanjang 5 tahun perkahwinan kiteorg๐
1. Lepak tepi pantai
Korang bolehlah pergi mana-mana pantai yang berdekatan. Tak kena bayar pun kalau setakat nak duduk, main dan mandi laut. Kiteorg rajin lepak tepi pantai waktu kat Labuan dulu. Kalau balik kampung, kiteorg akan ke Pantai Morib. Waktu duduk di Penang, kiteorg suka lepak tepi pantai, belakang Queens Bay Mall.
Ni kat pantai batu manikar Labuan |
2. Riadah di Taman Awam
Rajin-rajinlah membawa anak isteri beriadah di taman-taman awam. Setakat ni tak pernah kena bayar pun kalau nak masuk. Bolehlah jogging dan bersenam bersama-sama. Keluarga kita seronok, keluarga kita pun sihat tau. Tak rugi apa-apa pun kan?
Riadah di Taman Botani Labuan |
Ni antara aktiviti wajib aku akan buat. Kalau dipanggil untuk pergi berkursus mesti suami akan ikut sekali. Walaupun dia bekerja sebagai TUDM tapi Alhamdulillah dia masih mudah untuk minta cuti. ๐ ๐ jadi, bolehlah aku berkursus tanpa meninggalkan suami dan anak. Sambil-sambil tu bolehlah kami bercuti sekali. Untung tak?? ๐๐
Waktu ni kena kursus di Kota Kinabalu. Jadi amik peluang habis kursus terus ke Pulau Sapi sekejap ๐ |
4. Menyinggah
Kalau pergi mana-mana, contohnya balik kampung atau ke rumah saudara, bolehlah korang ambil peluang singgah ke mana-mana tempat yang menarik. Tapi pastikan arah dan jakan yang sama. Bukan melencong ke arah lain ye. Tu namanya bukan singgah๐๐๐
Sebenarnya nak pergi ke rumah kakak di Bentong, balik singgah sekejap di Strawberry Farm Goh Tong Jaya๐ |
5. Ajak isteri & anak keluar walaupun sekejap
Kalau keluar rumah semata-mata nak isi minyak apa salahnya ajak je isteri/suami dan anak ikut sekali. Takpe, biarkan je mereka teman. Nak potong rambut, ajak mereka juga. Nak basuh kereta, pergi bersama-sama. Kalau boleh elakkan pergi sendiri. Nampak kecil tapi impak dia sangat besar tau๐
Si Azka dah bosan tunggu kereta siap basuh.. Nasib la nak.. Papa memang tak suka pergi sendiri๐ |
6. Rutin harian
Benda ni nampak remeh tapi percayalah, ianya 'bonding time' yang berkesan. Membuat rutin harian bersama-sama. Makan,tengok tv, main game dan mengemas rumah. Suami biasanya akan basuh baju, kiteorang akan sidai sama-sama dan aku akan lipat baju. Suami akan sediakan bahan memasak dan aku akan masak. Suami akan susun atur rumah dan aku akan menyapu rumah. Sepah sama-sama, kemas sama-sama dan penat sama-sama,okey๐
Entah apa yang Si Azka dan papa tengok tu๐ |
7. Fun Fair
Kalau teringin bawa anak ke Taman Tema tapi tak cukup bajet atau tak sempat, bawa je mereka ke Fun Fair. Anak-anak ni sebenarnya tak kisah sangat pun. Yang penting kita luangkan sedikit masa untuk mereka. Sekejap pun dah cukup bermakna dan mampu memberikan pengalaman yg indah buat mereka๐
Demi mu anak, mama sanggup naik benda alah ni walaupun rasa malu yg amat๐ |
Sebenarnya, Kami dah merancang untuk bercuti di Tambun tapi terpaksa ditangguhkan sebab waktu tu dah sarat sangat. Si Azra dah nak keluar๐ waktu dalam pantang, Suami tiba-tiba sakit. Dalam tempoh dia sakit tu sempat lagi buat rancangan. Kalau suami dah baik nanti ingat nak belanja dia lepak hotel kat Batu Ferenggi.. walaupun kos mahal sikit tapi sekali sekala apa salahnya kan.. Rupanya Allah lebih sayangkan dia. Tak sempat untuk kami berempat pergi bercuti..
Sebenarnya aku bersyukur sangat, walaupun baru 5 tahun hidup berumah tangga tetapi nilainya sangat besar. Indahnya sangat banyak. Nampak remeh tapi hakikatnya, tak semua orang berpeluang rasa seperti apa yang kami pernah rasa. Rasa bahagianya cukup penuh dalam jiwa ini...
Wah gituuu ๐
No comments:
Post a Comment